Selamat Datang ke Perpustakaan Tun Razak @ Majlis Bandaraya Ipoh!
Sila klik untuk maklumat lanjut mengenai perpustakaan kami!
Perpustakaan Tun Razak berperanan sebagai pusat sumber informasi ilmu pengetahuan, teknologi dan hub pendidikan warga kota Bandaraya Ipoh. Tujuannya adalah untuk menghimpun, menyedia, mengolah, memelihara dan menyelenggara bahan bacaan dan rujukan. Sebagai sumber utama pendidikan perpustakaan ini menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti berikut kepada seluruh warga kota Ipoh.
Ahli Dewasa
· Berumur 13 tahun dan ke atas.
· Mendaftar di kaunter dengan membawa Mykad asal.
· Dikenakan yuran keahlian sebanyak RM10.00 sahaja.
· Yuran keahlian bagi golongan OKU adalah secara percuma jikalau mengemukakan kad OKU yang sah.
· Yuran keahlian bagi anggota MBI adalah secara percuma.
· Tempoh memproses pendaftaran keahlian adalah antara 5 hingga 10 minit.
· Dibenarkan meminjam maksimum 4 buah buku selama 14 hari.
· Boleh melanjutkan tarikh pinjaman buku sebanyak 3 kali.
· Keahlian adalah seumur hidup. Namun begitu ahli perlu mengemaskini maklumat peribadi setiap 5 tahun sekali.
Ahli Kanak-Kanak
· Berumur 12 tahun dan ke bawah.
· Berumur 12 tahun dan ke bawah.
· Yuran keahlian bagi kanak-kanak adalah secara percuma.
· Tempoh memproses pendaftaran keahlian adalah antara 5 hingga 10 minit.
· Dibenarkan meminjam maksimum 2 buah buku selama 14 hari.
· Boleh melanjutkan tarikh pinjaman buku sebanyak 3 kali.
· Keahlian sah sehingga berumur 12 tahun ( pada 31 Disember ).
· Sekiranya ingin terus manjadi ahli, perlu mengemaskini butiran peribadi dan mendaftar sebagai ahli dewasa.
Objektif
· Menyambut cabaran kerajaan dalam melahirkan generasi yang
berilmu dan bermaklumat di kalangan penduduk Perak
amnya dan penduduk Ipoh Khasnya.
· Mengumpul dan menyebar maklumat secara bersistem serta memberi
perkhidmatan bercorak keilmuan dan riadah kepada penduduk-penduduk
di sekitar Bandaraya Ipoh.
Fungsi
. Menubuh, melengkap, menyusun dan menyelenggarakan koleksi
perpustakaan.
. Mengembangkan dan menggalakkan pembacaan khususnya dalam
Bahasa Malaysia.
. Mengembangkan dan menggalakkan penggunaan buku-buku di
perpustakaan untuk rujukan dan pinjaman tertakluk kepada
pemeliharaan yang sempurna terhadap kehilangan atau kerosakan.
. Memperolehi satu kumpulan lengkap buku-buku yang ada
hubungan dengan Negeri Perak dan Negara Malaysia dalam
satu koleksi khas.
. Mengadakan perkhidmatan rujukan, bibliografi dan perkhidmatan
pinjaman antara perpustakaan.
Rancangan Masa Depan
. Mengadakan ruangan Kafe di tingkat bawah perpustakaan.
. Kedai buku dan peralatan.
. Penjenamaan Semula Perkhidmatan Perpustakaan (Rebranding of Library Service).
. Aspek penjenamaan semula mencakupi arena bertanya, belajar dan berkongsi, dimana ianya memberi fokus
kepada perkongsian maklumat, dapatan dan pengagihan maklumat.
. Percaturan pelbagai facet dimana ia bertujuan untuk:
. Mempertingkatkan keupayaan.
. Menambahkan kemampuan kearah inovasi.
. Arena kepada penyelesaian masalah 'problem solving'.
. Menerima bantuan ke atas cabaran.
. Akses kepada maklumat terkini juga bantuan kemahiran.
. Rangkaian atau rantaian kepada perkembangan individu.
. Dalam ertikata lain yang digambarkan dengan 5A iaitu Accessibility, Availability,
Adaptability, Accountability, dan Ability.
1931
Sejarah Perpustakaan Tun Razak dikenali sebagai perpustakaan untuk kanak-kanak dan dikenali
sebagai Ipoh Juvenile Library. Ianya diusahakan oleh Ipoh Rotary Club dan ditempatkan di tingkat
satu bangunan Dewan Bandaran. Bahan-bahan bacaan adalah terkumpul dari sumbangan penduduk Ipoh sendiri.
1950
Usaha untuk mengadakan sebuah perpustakaan awam yang lengkap diteruskan oleh Ipoh Rotary Club dan
pada bulan Oktober 1950, Menteri Besar Perak Dato' Panglima Bukit Gantang,
Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Aziz telah meletakkan batu asas perpustakaan yang baru.
1957
Pada bulan Mac 1957, tingkat pertama bangunan perpustakaan disiapkan dan dibuka oleh DYMM Raja Muda Perak.
1961
Majlis Perbandaran Ipoh telah mengambilalih pengurusan perpustakaan bersempena kenaikan ke taraf
perbandaran dan nama perpustakaan ditukar kepada Ipoh Library. pada 29 November 1961,
perpustakaan dibuka secara rasmi oleh Ahli Majlis, The Honourable D.R Seenivasagam.
1965
Sukarelawan pelajar dilantik membantu perpustakaan dengan nama singkatan H.U.H.Y (Help Us Help You) sebagai nama rasmi mereka. Bahagian Audiovisual pula dibuka oleh Duta Amerika, James Bell, bersempena persembahan Memorial Koleksi Rekod John F. Kennedy
Pada 14 Ogos "Tamil Sub-Committee" secara tidak rasmi dibentuk untuk membantu dan menyokong kakitangan-kakitangan untuk meningkatkan perkhidmatan perpustakaan dibawah pimpinan Encik R. Jayaderan. Semua buku-buku vernakular iaitu Bahasa Melayu, Cina dan Tamil disusun semula berpandukan Dewey Decimal Classification.
1967
Pada bulan Jun, "Chinese Sub-Committee" dibentuk dibawah pimpinan Brother Laurence Tang. Pada bulan September, pembukaan rasmi koleksi bahan Bahagian Bahasa Cina di perpustakaan
1976
Pada 6 Julai 1976 perpustakaan ini yang terletak di Jalan Kelab (Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab) mula dibuka kepada orang awam. Bayaran tahunan dikenakan kepada ahli ialah sebanyak RM15.00 untuk dewasa dan RM5.00 untuk penuntut selain daripada wang cagaran tetapi ahli kanak-kanak dikecualikan.
1977
Pembukaan rasmi perpustakaan telah disempurnakan oleh YAB Tun Hajjah Rahah, balu kepada Allahyarham Tun Abdul Razak apada 11 November 1977. Perpustakaan ini dinamakan Perpustakaan Tun Razak bagi mengenang jasa beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia Kedua. Nama tersebut kekal hingga hari ini.
1994
Pengubahsuaian dan penambahan empat tingkat baru ke atas bangunan asal perpustakaan disiapkan. Projek yang bermula pada tahun 1990 ini melibat kos sebanyak RM 2.8 Juta.
1995
Pada Disember, perpustakaan memasuki era baru apabila SISPUKOM atau Sistem Perpustakaan Berkomputer mula diperkenalkan. Sistem ini menawarkan perkhidmatan seperti:
. Perolehan
. Pengkatologan
. Sirkulasi
. Bahan Berkala
. Rujukan
. Infotrak (OPAC)
. SDI
Dua buah organisasi yang bertanggungjawab membekalkan perkhidmatan penyelenggaraan SISPUKOM ini ialah Paradigm Systems Berhad dan Universiti Teknologi Mara Shah Alam, Selangor.
1999
Mulai Mei 1999, perisian SISPUKOM serta kerangka komputer yang digunakan telah mematuhi keperluan Y2K. Pada 27 Mei 1999, pelancaran SISPUKOM dilaksanakan oleh YB Dato' Abdul Majid Hj Hussein, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.
2011
Ruangan WiFi disediakan secara percuma di ruangan Koleksi Teks dan bacaan am. Peningkatan sistem komputer perpustakaan juga akan dilaksanakan dengan migrasi SISPUKOM ke Sistem ILMU.
Peraturan Pinjaman Bahan Bacaan
· Ahli dewasa dibenarkan meminjam maksimum 4 buah buku. Manakala ahli kanak-kanak pula boleh meminjam maksimum
2 buah buku sahaja.
· Untuk membuat pinjaman buku, ahli hendaklah menyerahkan buku yang ingin dipinjam
beserta Mykad / Mykid kepada pegawai bertugas di kaunter pinjaman.
· Tarikh pemulangan buku akan dicop di atas slip tarikh pemulangan buku yang terdapat pada buku tersebut.
. Tempoh pinjaman buku adalah 14 hari untuk semua kategori dan kelewatan memulangkan buku
akan didenda 10 sen sehari bagi setiap buah buku.
Peraturan Pemulangan Bahan Bacaan
. Ahli perlu memulangkan bahan bacaan di kaunter Perpustakaan.
. Kakitanganbertugashendaklahmemastikanbahan-bahanbacaan yang dipulangkan oleh ahli
berada dalam keadaan yang baik dan mencukupi bilangannya.
. Sekiranya bilangan bahan bacan tidak mencukupi, kakitangan hendaklah
memaklumkan kepada ahli bahawa ada bahan bacaan yang belum dipulangkan.
. Sekiranya akaun peminjaman ahli terdapat denda, kakitangan bertugas dikehendaki memaklumkan
kepada ahli untuk melunaskan bayaran denda tersebut. Pastikan resit pembayaran denda
diberikan kepada ahli untuk tujuan rujukan jika perlu.
. Sekiranya kehilangan atau kerosakan buku yang dipinjam berlaku, adalah menjadi
tanggungjawab peminjam untuk membayar denda dan juga menjelaskan bayaran harga buku tersebut.
Peraturan Pembaharuan Tarikh Peminjaman Bahan Bacaan
. Tempoh pinjamn buku adalah 14 hari. Sekiranya ahli ingin melanjutkan
tempoh pinjaman buku perlu melalui 3 cara seperti berikut :
. Dengan datang ke kaunter untuk mendapatkan tarikh yang baru.
. Dengan menelefon ke talian Perpustakaan pada waktu pejabat.
. Dengan cara atas talian dalam Portal Perpustakaan Tun Razak atau Portal Rasmi Majlis Bandaraya Ipoh.
. Buku yang telah tamat tempoh pinjaman tidak dibenarkan untuk dibuat pembaharuan tarikh.
. Pembaharuan tarikh bolehdibuat 3 kali sahaja dengan syarat buku tersebut tidak ditempah oleh pengguna lain.
Peraturan Am
. Setiap ahli dan pelawat diminta untuk mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan oleh
Perpustakaan Tun Razak. Berikut merupakan peraturan yang perlu dipatuhi :
. Ahli dan pelawat adalah dilarang makan ,minum, merokok dan tidur di dalam perpustakaan.
. Ahli danpelawatdilarang dari mengoyak, menconteng atau mengotorkan bahan bacaan atau pun perabot milik Perpustakaan.
. Ahli dan pelawat tidak dibenarkan membuat bising hingga mengganggu ketenteraman pengguna lain.
. Ahli dan pelawat adalah dilarang mengambil gambar di dalam Perpustakaan tanpa kebenaran pihak pengurusan Perpustakaan.
. Ahli dan pelawat adalah dilarang mengalih dan mengubah susunatur perabot dan peralatan di dalam Perpustakaan.
. Bahan-bahan Rujukan di tingkat 5 adalah dilarang dibawa turun atau sebaliknya. Namun begitu ahli dan pelawat boleh
membuat salinan fotokopi.
. Ahli dan pelawat adalah dilarang membawa masuk beg (melainkan beg tangan sahaja), payung, bungkusan,
topi keledar, pisau, gunting dan benda-benda tajam. Tempat khas untuk menyimpan barang-barang tersebut ada disediakan
di lobi. Perpustakaan tidak akan bertanggungjawab terhadap keselamatan harta benda tersebut. Dengan itu, sebarang
kerosakan atau kehilangan adalah tanggungjawab sendiri.
. Perbincangan kumpulan, pertelingkahan atau mesyuarat yang menimbulkan ketidakselesaan kepada pengguna lain adalah dilarang.
. Ahli dan pelawat adalah dilarang masuk ke tempat yang dilarang atau yang bernotis
*Untuk KakitanganSahaja* melainkan
dengan kebenaran pegawai yang bertugas.
. Ahli dan pelawat adalah dilarang membawa masuk kamera, perakam video dan telefon bimbit (kecuali dimatikan).
. Pihak perpustakaan tidak bertanggungjawab di atas keselamatan kanak-kanak yang ditinggalkan bersendirian di Perpustakan.
Keselamatan anak-anak adalah menjadi tanggungjawab ibu / bapa /penjaga kanak-kanaktersebut.
. Pengawal Keselamatan yang bertugas berhak mengarahkan ahli atau pelawat menginggalkan Perpustakaan
jika gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan.
. Pegawai Perpustakaan mempunyai hak untuk tidak membenarkan masuk ahli dan pelawat yang berkelakuan sumbang.
. Ahli dan pelawat yang berada di mana-mana bahagian Perpustakaan adalah membuat kesalahan sekiranya melakukan perkara
seperti berikut:
. Membuat perkara-perkara liar atau berkelakuan tidak senonoh.
. Berjudi atau bertaruh.
. Melakukan kekerasan atau menggunakan perkataan yang kotor.
. Mereka yang terus tinggal di dalam Perpustakaan walaupun perpustakaan telah ditutup.
Etika Berpakaian
Bagi menyemai peradaban masyarakat berteraskan kesopanan dan kesusilaan, semua ahli dan pelawat dilarang berpakaian seperti berikut :
. Singlet atau baju tidak berlengan.
. Baju tidur
. Seluar pendek (dewasa)
. Skirt pendek di atas paras lutut (dewasa).
. Seluar ketat
. Memakai sebarang jenis topi
. Pakaian yang menjolok mata atau nipis / jarang
. Pakaian yang mengandungi tulisan atau gambar yang berunsurkan provokatif dan sensitif untuk sesuatu kumpulan.
Pengawal Keselamatan yang bertugas berhak menghalang ahli dan pelawat yang tidak mematuhi etika berpakaian yang telah ditetapkan dari masuk ke Perpustakaan.
Koleksi buku di Perpustakaan Tun Razak sehingga bulan
September 2016 adalah seperti berikut:
. Bahasa Melayu - 1108,780 buah buku
. Bahasa Inggeris - 127,610 buah buku
. Bahasa Cina - 41,242 buah buku
. Bahasa Tamil - 22,296 buah buku
. 000 - Perkara Umum
. 100 - Falsafah dan Psikologi
. 200 - Agama
. 300 - Sains Sosial
. 400 - Bahasa
. 500 - Sains Tulen dan Matematik
. 600 - Teknologi (SainsGunaan)
. 700 - Seni Halus dan Hiasan
. 800 - Kesusasteraan dan Retorik
. 900 - Geografi dan Sejarah
Padatahun 1995, SISPUKOM atau Sistem Perpustakaan Berkomputer telah diperkenalkan di PerpustakaanTunRazak. Namun begitu, pada tahun 2011, sistem perpustakaan telah dinaiktaraf kepada sistem ILMU. Melalui sistem ILMU ini, antaranya menawarkan pencarian maklumat atas talian atau Online Public Access Catalog( webOPAC ) kepada pengguna.
Pada tahun 1995, SISPUKOM atau Sistem Perpustakaan Berkomputer telah
diperkenalkan di Perpustakaan TunRazak.
Namun begitu, pada tahun 2011, sistem perpustakaan telah dinaiktaraf kepada sistem ILMU. Melalui sistem
ILMU ini, antaranya menawarkan pencarian maklumat atas talian atau Online Public Access Catalog( webOPAC )
kepada pengguna.
Pencarian bahan dapat dilakukan melalui pemilihan perkara-perkara berikut:
. Pengarang
. Tajuk
. Subjek
. Siri
. ISBN/ISSN
. Tempat Penerbitan
. Tahun Penerbitan
. Nama Penerbit
. Nombor Panggilan
Perpustakaan Tun Razak berperanan sebagai pusat sumber informasi ilmu pengetahuan, teknologi dan hub pendidikan warga kota Bandaraya Ipoh. Tujuannya adalah untuk menghimpun, menyedia, mengolah, memelihara dan menyelenggara bahan bacaan dan rujukan. Sebagai sumber utama pendidikan perpustakaan ini menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti berikut kepada seluruh warga kota Ipoh.
di sekitar Bandaraya Ipoh.
Perkhidmatan Surat Khabar dan Majalah
. Perkhidmatan akhbar dan majalah disediakan dalam empat Bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan BahasaTamil.
. Jumlah suratkhabar yang dilanggan adalah dalam Bahasa Malaysia sebanyak 8 naskah, Bahasa Inggeris 5 naskah, Bahasa Cina 5 naskah, dan Bahasa Tamil 4 naskah.
. Jumlah majalah yang dilanggan dalam Bahasa Malaysia sebanyak 30 naskah, Bahasa Inggeris 12 naskah, Bahasa Cina 12 naskah dan Bahasa Tamil 12 naskah.
. Semua bahan tersebut dipamerkan di sudut bacaan di tingkat bawah.
Perkhidmatan Di Sudut Kanak-Kanak
. Pihak perpustakaan menyediakan ruangan yang selesa bagi pengguna kanak-kanak serta ibu bapa dimana ia dinamakan *Taman Ilmu*.
. Kawasan tersebut dipenuhi dengan bahan-bahan bacaan dan rujukan untuk mewujudkan suasana kekeluargaan.
. Membantu pelajar sekolah rendah untuk Program Buku Nilam dimana kanak-kanak di bawah umur 12 tahun merujuk kepada buku cerita yang diminati.
. Ia akan memupukkan semangat membaca dikalangan kanak-kanak.
. Alat-alat permainan juga disediakan untuk kanak-kanak sebagai aktiviti riadah.
Perkhidmatan Pendaftaran Keahlian / Pinjaman / Pemulangan / Pembaharuan Buku
Pendaftaran Keahlian
. Pendaftaran keahlian kanak-kanak bawah umur 12 tahun adalah percuma. Kanak-kanak perlu membawa mykid untuk mendaftar keahlian. Ahli kanak-kanak dibenarkan meminjam dua buah buku sahaja. Bagi yang berumur tigabelas tahun ke atas perlu membawa mykad dan dikena bayaran sepuluh ringgit sahaja. Bagi ahli dewasa pula boleh meminjam sehingga empat buah buku setiap kali pinjaman.
Pinjaman Buku
. Perkhidmatan ini disediakan bagi pengguna yang berdaftar dan boleh meminjam dua atau empat buah buku untuk tempoh dua minggu. Tempoh bahan yang dipinjam boleh diperbaharui selama dua minggu lagi dari tarikh pembaharuan. Pembaharuan bahan bacaan hanya dibenarkan tiga kali sahaja. Pengguna akan dikenakan caj denda lewat pemulangan sebanyak 10 sen sehari setiap buku.
Pinjaman Kanak-Kanak
. Perkhidmatan ini disediakan kepada pengguna yang berumur dua belas tahun ke bawah di tingkat dua sahaja.
Perkhidmatan Rujukan Dan Malaysiana / Folio Sekolah dan Fotokopi
Perkhidmatan Rujukan Dan Malaysiana
. Perkhidmatan rujukan dan Malaysiana membantu para pelajar sekolah, IPTA / IPTS dan penyelidik mendapatkan bahan monograf. Koleksi monograf rujukan dan Malaysiana terdiri daripada bahan bahan terbitan Malaysia dimana sebahagiannya merangkumi Negara Malaysia. Koleksi ini bertujuan mengumpul semua maklumat berkaitan Malaysia dan hasil karya penulis Malaysia untuk rujukan orang ramai.
Folio Sekolah
. Bagi golongan pelajar sekolah kami menyediakan perkhidmatan menyediakan bahan folio sekolah mengiku tajuk semasa. Bahan folio ini dikumpulkan dari bahan rujukan berupa monograf. Ia bertujuan mengikut dasar pendidikan Negara untuk melahirkan insan modal yang hebat, seiring dengan Dasar Pembangunan Negara.
Fotokopi
. Perkhidmatan ini disediakan untuk kemudahan pembaca serta pengguna perpustakaan. Setiap kertas yang difotokopi dicaj sebanyak RM 0.10 sen sahaja . Perkhidmatan ini dilaksanakan di tingkat lima sahaja. Perkhidmatan fotokopi berwarna tidak disediakan.
Lawatan Sambil Belajar
. Perpustakaan mengendalikan aktiviti lawatan sambil belajar. Sebulan hanya dua buah sekolah atau tadika dibenarkan membuat lawatan. Semasa lawatan sekolah aktiviti untuk pelajar diadakan mengikut kategori umur. Antaranya adalah pop kuiz untuk kanak-kanak tadika, cara menguruskan pusat sumber sekolah untuk pelajar sekolah rendah dan menengah.
Perkhidmatan Latihan Menguruskan Pusat Sumber
. Latihan untuk pengawas pusat sumber sekolah akan diberikan mengikut permintaan sekolah. Latihan tersebut termasuk cara menyusun , mengkatalog dan membalut buku kepada pengawas pusat sumber. Latihan ini akan dilaksanakan secara percuma kepada sekolah-sekolah yang berminat.
Perkhidmatan Rujukan Koleksi Teks
. Perkhidmatan ini bertujuan para pelajar sekolah membuat rujukan. Bahan rujukan terdiri daripada buku rujukan peperiksaan sekolah UPSR, PMR, SPM, STPM dan Pra-universiti. Ia membantu pelajar sekolah mengisi masa lapang di perpustakaan dengan manfaat.
Perkhidmatan WiFi
Perkhidmatan ini diberi dengan percuma bagi setiap pengguna.
Perkhidmatan Webopac
. Ia bertujuan memudahkan pengguna mencari bahan yang telah dikatalog. Perkhidmatan ini menawarkan khidmat mencari bahan bacaan dan rujukan melalui tajuk, pengarang, perkara, penerbitan , siri, dan nombor ISBN.
. Pengguna berdaftar yang membuat pinjaman melalui perkhidmatan ini boleh juga memperbaharui tarikh pemulangan buku.
. Sekiranya bahan yang dicari pengguna; telah dipinjam oleh pengguna lain; maka pengguna tersebut boleh membuat tempahan awal melalui webopac.
. Tajuk terbaru bahan yang telah dikatalog juga boleh dicari.
Perkhidmatan Pembaharuan Tarikh Tamat Tempoh Buku Melalui Telefon
. Perkidmatan ini untuk ahli perpustakaan yang telah membuat pinjaman buku dan tidak dapat dipulangkan pada tarikh tersebut di kaunter sirkulasi perpustakaan , maka bolehlah membuat panggilan ke perpustakaan untuk membuat pembaharuan tarikh baru.
. Panggilan tersebut perlu dibuat pada masa waktu operasi perpustakaan .
. Butiran yang perlu diberi adalah tarikh tamat tempoh, patron ID dan nombor panggilan (aksyesen) buku di belakang buku.
. Perkhidmatan ini sangat berguna kepada pelajar-pelajar IPTA , IPTS dan golongan pekerja yang berkerja di luar kawasan supaya tidak dikenakan bayaran denda lewat pemulagan buku.
WAKTU OPERASI PERPUSTAKAAN
ISNIN HINGGA JUMAAT: 10.00AM - 4.00PM
SABTU: 10.30AM - 4.00 PM
AHAD DAN CUTI UMUM DITUTUP
NO. TELEFON: 05- 2558073
Please do contact us at 05-2558073 or email to us at librarytunrazak_ipoh@yahoo.com for any inquiries.