Laman Utama

Daftar Masuk

ID PENGGUNA

KATA LALUAN


 



LATAR BELAKANG PERPUSTAKAAN TUN RAZAK

1931

Sejarah Perpustakaan Tun Razak dikenali sebagai perpustakaan untuk kanak-kanak dan dikenali sebagai Ipoh Juvenile Library. Ianya diusahakan oleh Ipoh Rotary Club dan ditempatkan di tingkat satu bangunan Dewan Bandaran. Bahan-bahan bacaan adalah terkumpul dari sumbangan penduduk Ipoh sendiri.

1950

Usaha untuk mengadakan sebuah perpustakaan awam yang lengkap diteruskan oleh Ipoh Rotary Club dan pada bulan Oktober 1950, Menteri Besar Perak Dato' Panglima Bukit Gantang, Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Aziz telah meletakkan batu asas perpustakaan yang baru.

1957

Pada bulan Mac 1957, tingkat pertama bangunan perpustakaan disiapkan dan dibuka oleh DYMM Raja Muda Perak.

1961

Majlis Perbandaran Ipoh telah mengambilalih pengurusan perpustakaan bersempena kenaikan ke taraf perbandaran dan nama perpustakaan ditukar kepada Ipoh Library. pada 29 November 1961, perpustakaan dibuka secara rasmi oleh Ahli Majlis, The Honourable D.R Seenivasagam.

1965

Sukarelawan pelajar dilantik membantu perpustakaan dengan nama singkatan H.U.H.Y (Help Us Help You) sebagai nama rasmi mereka. Bahagian Audiovisual pula dibuka oleh Duta Amerika, James Bell, bersempena persembahan Memorial Koleksi Rekod John F. Kennedy.

Pada 14 Ogos "Tamil Sub-Committee" secara tidak rasmi dibentuk untuk membantu dan menyokong kakitangan-kakitangan untuk meningkatkan perkhidmatan perpustakaan dibawah pimpinan Encik R. Jayaderan. Semua buku-buku vernakular iaitu Bahasa Melayu, Cina dan Tamil disusun semula berpandukan Dewey Decimal Classification.

1967

Pada bulan Jun, "Chinese Sub-Committee" dibentuk dibawah pimpinan Brother Laurence Tang. Pada bulan September, pembukaan rasmi koleksi bahan Bahagian Bahasa Cina di perpustakaan.

1976

Pada 6 Julai 1976 perpustakaan ini yang terletak di Jalan Kelab (Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab) mula dibuka kepada orang awam. Bayaran tahunan dikenakan kepada ahli ialah sebanyak RM15.00 untuk dewasa dan RM5.00 untuk penuntut selain daripada wang cagaran tetapi ahli kanak-kanak dikecualikan.

1977

Pembukaan rasmi perpustakaan telah disempurnakan oleh YAB Tun Hajjah Rahah, balu kepada Allahyarham Tun Abdul Razak apada 11 November 1977. Perpustakaan ini dinamakan Perpustakaan Tun Razak bagi mengenang jasa beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia Kedua. Nama tersebut kekal hingga hari ini.

1994

Pengubahsuaian dan penambahan empat tingkat baru ke atas bangunan asal perpustakaan disiapkan. Projek yang bermula pada tahun 1990 ini melibat kos sebanyak RM 2.8 Juta.

1995

Pada Disember, perpustakaan memasuki era baru apabila SISPUKOM atau Sistem Perpustakaan Berkomputer mula diperkenalkan. Sistem ini menawarkan perkhidmatan seperti:

  • Perolehan
  • Pengkatologan
  • Sirkulasi
  • Bahan Berkala
  • Rujukan
  • Infotrak (OPAC)
  • SDI

Dua buah organisasi yang bertanggungjawab membekalkan perkhidmatan penyelenggaraan SISPUKOM ini ialah Paradigm Systems Berhad dan Universiti Teknologi Mara Shah Alam, Selangor.

1999

Mulai Mei 1999, perisian SISPUKOM serta kerangka komputer yang digunakan telah mematuhi keperluan Y2K. Pada 27 Mei 1999, pelancaran SISPUKOM dilaksanakan oleh YB Dato' Abdul Majid Hj Hussein, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

2011

Ruangan WiFi disediakan secara percuma di ruangan Koleksi Teks dan bacaan am. Peningkatan sistem komputer perpustakaan juga akan dilaksanakan dengan migrasi SISPUKOM ke Sistem ILMU.

joomla and drupal websites counter