Laman Utama

Daftar Masuk

ID PENGGUNA

KATA LALUAN


 



PERATURAN

Peraturan pinjaman buku di Perpustakaan Tun Razak adalah seperti berikut:

  • PERATURAN PINJAMAN BAHAN BACAAN
    • Ahli dewasa dibenarkan meminjam maksimum 4 buah buku. Manakala ahli kanak-kanak pula boleh meminjam maksimum 2 buah buku sahaja.
    • Untuk membuat pinjaman buku, ahli hendaklah menyerahkan buku yang ingin dipinjam beserta Mykad / Mykid kepada pegawai bertugas di kaunter pinjaman.
    • Tarikh pemulangan buku akan dicop di atas slip tarikh pemulangan buku yang terdapat pada buku tersebut.
    • Tempoh pinjaman buku adalah 14 hari untuk semua kategori dan kelewatan memulangkan buku akan didenda 10 sen sehari bagi setiap buah buku.

  • PERATURAN PEMULANGAN BAHAN BACAAN
    • Ahli perlu memulangkan bahan bacaan di kaunter Perpustakaan.
    • Kakitanganbertugashendaklahmemastikanbahan-bahanbacaan yang dipulangkan oleh ahli berada dalamkeadaan yang baik dan mencukupi bilangannya.
    • Sekiranya bilangan bahan bacan tidak mencukupi, kakitangan hendaklah memaklumkan kepada ahli bahawa ada bahan bacaan yang belum dipulangkan.
    • Sekiranya akaun peminjaman ahli terdapat denda, kakitangan bertugas dikehendaki memaklumkan kepada ahli untuk melunaskan bayaran denda tersebut. Pastikan resit pembayaran denda diberikan kepada ahliuntuktujuanrujukanjikaperlu.
    • Sekiranya kehilangan atau kerosakan buku yang dipinjam berlaku, adalah menjadi tanggungjawab peminjam untuk membayar denda dan juga menjelaskan bayaran harga buku tersebut.

  • PERATURAN PEMBAHARUAN TARIKH PEMINJAMAN BAHAN BACAAN
    • Tempoh pinjamn buku adalah 14 hari. Sekiranya ahli ingin melanjutkan tempoh pinjaman buku perlu melalui 3 cara seperti berikut :
    • Dengan datang ke kaunter untuk mendapatkan tarikh yang baru.
    • Dengan menelefon ke talian Perpustakaan pada waktu pejabat.
    • Dengan cara atas talian dalam Portal Perpustakaan Tun Razak atau Portal Rasmi Majlis Bandaraya Ipoh.
    • Buku yang telah tamat tempoh pinjaman tidak dibenarkan untuk dibuat pembaharuan tarikh.
    • Pembaharuan tarikh bolehdibuat 3 kali sahaja dengan syarat buku tersebut tidak ditempah oleh pengguna lain.

  • PERATURAN AM
  • Setiap ahli dan pelawat diminta untuk mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan oleh PerpustakaanTunRazak. Berikut merupakan peraturan yang perlu dipatuhi :

    • Ahli dan pelawat adalah dilarang makan ,minum, merokok dan tidur di dalam perpustakaan.
    • Ahli danpelawatdilarang dari mengoyak, menconteng atau mengotorkan bahan bacaan atau pun perabot milik Perpustakaan.
    • Ahli dan pelawat tidak dibenarkan membuat bising hingga mengganggu ketenteraman pengguna lain.
    • Ahli dan pelawat adalah dilarang mengambil gambar di dalam Perpustakaan tanpa kebenaran pihak pengurusan Perpustakaan.
    • Ahli dan pelawat adalah dilarang mengalih dan mengubah susunatur perabot dan peralatan di dalam Perpustakaan.
    • Bahan-bahan Rujukan di tingkat 5 adalah dilarang dibawa turun atau sebaliknya. Namun begitu ahli dan pelawat boleh membuat salinan fotokopi.
    • Ahli dan pelawat adalah dilarang membawa masuk beg (melainkan beg tangansahaja), payung, bungkusan, topi keledar, pisau, gunting dan benda-bendatajam. Tempatkhasuntukmenyimpanbarang-barangtersebutadadisediakan di lobi. Perpustakaantidakakanbertanggungjawabterhadapkeselamatanhartabendatersebut. Denganitu, sebarangkerosakanataukehilanganadalahtanggungjawabsendiri.
    • Perbincangan kumpulan, pertelingkahan atau mesyuarat yang menimbulkanke tidakselesaan kepada pengguna lain adalah dilarang.
    • Ahli dan pelawat adalah dilarang masuk ke tempat yang dilarang atau yang bernotis “UntukKakitanganSahaja” melainkandengan kebenaran pegawai yang bertugas.
    • Ahli dan pelawatadalah dilarang membawa masuk kamera, perakam video dan telefon bimbit (kecuali dimatikan).
    • Pihak perpustakaan tidak bertanggungjawab di atas keselamatan kanak-kanak yang ditinggalkanbersendirian di Perpustakan. Keselamatan anak-anak adalah menjadi tanggungjawab ibu / bapa /penjagakanak-kanaktersebut.
    • Pengawal Keselamatan yang bertugas berhak mengarahkan ahli atau pelawat menginggalkan Perpustakaanjika gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan.
    • Pegawai Perpustakaan mempunyai hak untuk tidak membenarkan masuk ahli dan pelawat yang berkelakuan sumbang.
    • Ahli dan pelawat yang berada di mana-mana bahagian Perpustakaan adalah membuat kesalahan sekiranya melakukan perkara seperti berikut:
    • Membuat perkara-perkara liar atau berkelakuan tidak senonoh.
    • Berjudi atau bertaruh.
    • Melakukan kekerasan atau menggunakan perkataan yang kotor.
    • Mereka yang terus tinggal di dalam Perpustakaan walaupun perpustakaan telah ditutup.

  • ETIKA BERPAKAIAN
  • Bagi menyemai peradaban masyarakat berteraskan kesopanan dan kesusilaan, semua ahli dan pelawat dilarang berpakaian seperti berikut :

    • “Singlet” atau baju tidak berlengan.
    • Baju tidur
    • Seluar pendek (dewasa)
    • Skirt pendekdi atas paras lutut (dewasa).
    • Seluar ketat
    • Memakai sebarang jenis topi
    • Pakaian yang menjolok mata atau nipis / jarang
    • Pakaian yang mengandungi tulisan atau gambar yang berunsurkan provokatif dan sensitif untuk sesuatu kumpulan.

    Pengawal Keselamatan yang bertugas berhak menghalang ahli dan pelawat yang tidak mematuhi etika berpakaian yang telah ditetapkan dari masuk ke Perpustakaan.

joomla and drupal websites counter